Sempurnakan Ramadan anda dengan menderma bagi membantu melindungi keluarga yang memerlukan menerusi PruBSN Microtakaful Jariyah.

Memasuki fasa endemik COVID-19, kita Keluarga Malaysia telahpun bertahan selama hampir 3 tahun mengharungi krisis kembar kesihatan dan ekonomi terburuk akibat virus ini. Ada dikalangan kita telah dijangkiti virus ini, kehilangan ahli keluarga tersayang akibat jangkitan COVID-19, kehilangan sumber pendapatan, malah ada di antara kita yang terjerumus ke lembah kemiskinan akibat daripada ketidakstabilan ekonomi serta ketidakupayaan untuk membayar komitmen bulanan di dunia yang semakin mencabar ini.

Komuniti yang paling terjejas adalah datangnya dari kalangan golongan yang berpendapatan rendah. Maka tidak hairanlah apabila kita menerima lambakan kes kematian akibat bunuh diri serta kes kesihatan mental akibat depresi yang tidak tertanggung menghadapi kerisauan akan isu-isu jaminan sosial, seperti kesinambungan hidup ahli isi rumah sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini terhadap ketua keluarga. Secara mudahnya, golongan ini adalah merupakan golongan yang amat memerlukan perlindungan sosial untuk menjamin kesejahteraan hidup mereka.

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini, seiring dengan matlamat kami untuk membantu memanfaatkan kehidupan sepenuhnya, PruBSN Prihatin sekali lagi melancarkan kempen One Donation One Family (ODOF), untuk menyediakan asas takaful percuma kepada golongan yang kurang berkemampuan ini. Kempen ini akan berlansung selama sebulan bermula 3 April 2022 sehingga 2 Mei 2022.

Kempen ODOF ini bertujuan mengumpul dana untuk memberi perlindungan takaful percuma kepada golongan yang berpendapatan rendah melalui program PruBSN Microtakaful Jariyah. Sumbangan ikhlas anda serendah RM80 akan membantu ketua keluarga golongan miskin yang layak dan terpilih untuk menerima perlindungan takaful asas berjumlah RM10,000 untuk tempoh setahun secara percuma.

Mereka yang ingin menghulurkan derma boleh berbuat demikian ke akaun bank PruBSN Prihatin:

PruBSN Prihatin (PruBSN Cares)
312409962689
Rujukan: ODOF

Semua sumbangan ke dana ini layak untuk pengecualian cukai di bawah subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Bagi mendapatkan resit pengecualian cukai, sila isikan borang di pautan ini.

Klik pautan video PruBSN Microtakaful Jariyah untuk memahami selanjutnya mengenai program ini.

https://www.youtube.com/watch?v=ELjhtwyKLiE&feature=emb_logo
https://www.prubsn.com.my/ms/our-company/caring-for-society/

Selain kempen ODOF, kami juga dengan besar hati melancarkan program Ramadan Together-Gether di mana anda semua dijemput untuk sama-sama memeriahkan aktiviti-aktiviti menarik yang akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan, serta berpeluang untuk memenangi RM50 baucar makanan Grab yang ditawarkan setiap minggu menerusi kuiz trivia ODOF.

Sila hubungi kami di saluran berikut untuk bantuan lanjut:
• E-mel: prubsnprihatin@prubsn.com.my
• Telefon: 03-2778 2157/03-2778 2156

#RamadanTogetherGether #WeDOGood #WeDOnate #JomSedekah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *