PruBSN

WarisanPlus

Kami kekal komited untuk membantu anda memanfaatkan yang terbaik dalam kehidupan dengan pelbagai penawaran inovatif. Penuhi aspirasi dan keperluan perlindungan anda dari keselesaan rumah anda.

Perlindungan asas yang tinggi dari RM350,000

Terima jumlah perlindungan minimum sebanyak RM 250,000 jika berlaku kematian atau hilang upaya agar anda dapat menjamin masa depan keluarga anda sekiranya perkara tidak diduga berlaku dan meneruskan legasi anda.

Perlindungan penyakit unik sehingga RM10,000

Terima pampasan sebaik sahaja anda di diagnosis atau kemasukan hospital disebabkan penyakit berjangkit dan lindungi diri anda daripada risiko wabak yang tidak dijangka.

Perlindungan kemalangan sehingga 400%

Dapatkan manfaat kematian tambahan untuk keluarga anda sekiranya berlaku kematian yang disebabkan oleh kemalangan.

5 Sebab Anda Perlu

Hibah Takaful WarisanPlus

  • Hibah Takaful adalah hadiah (pampasan kematian) yang akan diberikan kepada orang yang ditinggalkan (keluarga, suami/isteri, anak-anak, sesiapa sahaja yang dikehendaki) untuk meneruskan kehidupan
  • Hibah Takaful dilakukan tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia.
  • Ianya juga dapat mengelakkan konflik keluarga (perebutan) pampasan kerana Hibah Takaful tidak boleh dipertikai & penama akan mendapat pampasan penuh dengan lebih cepat.
  • Justeru, Hibah Takaful juga dapat digunakan untuk melangsaikan hutang & pinjaman (pinjaman pelajaran, kereta, rumah) si pemegang takaful ketika beliau masih hidup.
  • Tiada kos guaman yang diperlukan untuk pengurusan Hibah Takaful.

Maklumat produk

WarisanPlus

Terma Perlindungan dan Pembayaran

Tempoh Sumbangan

5, 10 atau 20 tahun, atau sepanjang Tempoh Perlindungan

Sumbangan Minimum Bulanan

Sumbangan bulanan minimum adalah RM100 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak. Sumbangan bergantung kepada pilihan jumlah perlindungan asas, tempoh sumbangan dan kekerapan sumbangan. Kadar sumbangan berbeza mengikut umur, jantina, status merokok, kelas pekerjaan, keadaan kesihatan, tempoh sumbangan umur matang.

Umur Kelayakan

1 hingga 70 tahun pada tarikh lahir akan datang

Nota: Untuk umur tamat tempoh pada 70 tahun, usia kemasukan maksimum adalah 60 tahun pada hari lahir akan datang.

Tamat Tempoh Perlindungan

Sehingga 100 tahun

 Jumlah Perlindungan Minimum

Dewasa 
RM350,000

Kanak-Kanak
RM250,000

Manfaat

Manfaat Matang

Nilai dari Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA), jika ada.

Manfaat Kematian

Mana-mana yang lebih tinggi antara yang berikut:
• Jumlah Perlindungan Asas; atau
• Jumlah amaun dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) ditambah baki dari Akaun Unit Pelaburan (IUA) jika ada.

Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)

Jumlah Perlindungan untuk Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh

Nota: Jika berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh sebelum tamat tempoh atau sebelum umur 70 tahun. Tertakluk pada jumlah maksimum RM8,000,000 bagi setiap orang yang dilindungi.

Manfaat Penyakit Kritikal

Hajj Protection
Level Term
Contributor Parent Protect
Contributor Parent Saver
Contributor Protect
Contributor Saver
Contributor Spouse Protect
Contributor Spouse Saver
Crisis Shield
Crisis Protector
Takaful Saver
Takaful Saver Kid
Ihsan

 

Ciri-ciri

Jumlah perlindungan yang tinggi untuk kelangsungan hidup keluarga yang lebih lama
Dengan nilai perlindungan minimum  RM250,000 dari PruBSN WarisanPlus, keluarga anda akan dapat mengekalkan gaya hidup semasa dan membantu anda melangsaikan hutang apabila anda meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD). 

Perlindungan yang boleh diubah suai dengan sumbangan yang berpatutan
Tidak ada satu pelan perlindungan yang lengkap dengan kesemua ciri. Dengan PruBSN WarisanPlus, anda boleh sertakan rider berpandukan keperluan anda.

Perlindungan penyakit unik
Menerima pampasan apabila anda di diagnos atau dimasukkan ke wad disebabkan penyakit berjangkit bergantung kepada kategori berikut:

KATEGORI A: RM5,000/diagnosis/penyakit

  • Campak

  • Demam Chikungunya

  • Penyakit Mulut Kaki Tangan

  • Demam kepialu

  • Rabies


KATEGORI B: RM10,000/dimasukkan ke hospital/penyakit

  • Virus Zika

  • Ebola

  • MERS-CoV

  • SARS

  • Malaria

  • Penyakit Creutzfeldt-Jacob

  • Influenza A – Influenza Avian AH7N9 & AH5N1

  • Virus Ensefalitis Nipah

  • Ensefalitis Jepun


Hibah
Jamin mereka yang anda sayang dengan menamakan mereka sebagai penerima. Mereka akan menerima manfaat kematian tanpa melalui prosedur pewarisan harta yang berpanjangan.

Bantuan perbelanjaan pengebumian
Meringankan beban keluarga anda apabila mereka menerima RM3,000 daripada manfaat Khairat.

Peluang pelaburan
Anda boleh memilih daripada 9 jenis Dana berkaitan Pelaburan yang memenuhi keperluan risiko anda untuk meningkatkan nilai tunai dengan potensi pulangan.

Permohonan yang mudah
Tidak perlu melalui pemeriksaan perubatan untuk menikmati jumlah perlindungan asas sehingga RM2 juta.

Pelanjutan perlindungan sehingga umur 100
Perlindungan akan berlanjutan sehingga umur 100*, tertakluk kepada sumbangan tambahan yang diperlukan.

*Perlindungan akan berlanjutan selagi terdapat nilai tunai yang mencukupi untuk penolakan Tabarru’ dan caj lain sehingga umur 100 tahun atau sehingga tempoh perlindungan yang maksimum untuk manfaat tertentu, yang mana lebih awal. Sumbangan tambahan mungkin diperlukan untuk memastikan nilai tunai adalah mencukupi sehingga akhir tempoh yang dilanjutkan. 

Melangkaui Semangat Takaful
Membolehkan anda membantu golongan keluarga miskin tegar dan miskin untuk dilindungi dengan perlindungan takaful keluarga asas.

Pelepasan Cukai

Untuk PruBSN WarisanPlus, anda boleh menuntut pelepasan cukai insurans yang berkaitan, tertakluk pada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Nota Penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk Dokumen Sijil, ejen yang berkhidmat untuk anda atau hubungi kami di talian +60 16-945 0562
  • Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir Akan Datang.

Muat Turun

Hibah Takaful WarisanPlus

Kami sedia untuk membantu anda bagi memastikan carian anda ditemui.

Kukuhkan pelan anda dengan

Manfaat Tambahan

Hajj Protection

Memberikan perlindungan supaya anda dapat menunaikan Haji dan Umrah dengan tenang

Level Term

Menawarkan wang tunai tambahan apabila berlaku perkara yang tidak diduga semasa tempoh perlindungan untuk meringankan beban hutang anda.

Ihsan

Anda boleh mengubah kehidupan golongan keluarga miskin tegar dengan menyumbangkan sejumlah wang mengikut pilihan anda